Kritikan kerajaan Israel
Kritikan kerajaan Israel

Kritikan kerajaan Israel

Templat:Orang IsraelKritikan kerajaan Israel, selalu dirujuk sebagai kritikan Israel,[1][2][3] ialah perkara ulasan dan penyelidikan kewartawanan dan ilmiah yang berlaku dalam ruang lingkup teori hubungan antarabangsa, dinyatakan dalam istilah sains politik. Dalam ruang lingkup aspirasi sejagat bagi masyarakat negara, Israel telah menghadapi kritikan antarabangsa sejak its perisytiharan penubuhannya pada tahun 1948 behubungan dengan berbagai-bagai perkara,[4][5][6][6][7] kedua-duanya sejarah dan sezaman.Kerajaan Israel telah dikritik atas isu-isu tentang petempatan Israel di wilayah Palestin, its memperlakukan orang Arab Palestin, kelakuan Angkatan Pertahanan Israel semasa konflik dan sekatan Genting Gaza,[8] dengan kesannya terhadap ekonomi wilayah Palestin. Isu-isu sejarah yang lain dengan akibat yang sedang berlaku juga telah dikritik termasuk: penolakan membenarkan pelarian Palestin pascaperang untuk kembali ke rumah mereka, dan pendudukan wilayah berpanjangan dapat dalam perang dan pembinaan petempatan di dalamnya.Status Israel sebagai demokrasi perwakilan juga telah dipersoalkan kerana penduduk Israel di wilayah pendudukan dibenarkan mengundi di pilihan raya Israel manakala penduduk Palestinian pula tidak.[9][10][11] Sumber kritikan lain ialah pergeseran tertimbul oleh isu peluk agaama antara kerabaian Ortodoks Israel dan bahagian bukan Ortodoks diaspora Yahudi. Pada satu hujung lingkungan ialah percubaan menyahsahkan hak wujud Israel.[12][13][14] Hal ini membawa kepada perbahasan yang sedang berlaku berhubungan pada tempat titik kritikan Israel melepasi garis anti-Semitisme. Salah satu kesan kritikan antarabangsa telah menjadi kesan terhadap psikologi sosial orang awam Yahudi Israel - menurut satu tinjauan lebih daripada separuh orang Israel mempercayai "seluruh dunia menentangi kami", dan tiga suku orang Israeli mempercayai "bahawa macama mana pun Israel buat atau betapa jauh ia pergi menuju menyelesaikan konflik dengan orang Palestin, dunia akan terus mengkritik Israel".[15]Kritikan dasar-dasar Israel datang daripada beberapa kumpulan: terutamanya daripada aktivis, dalam Israel dan seluruh dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan lain termasuk gereja Eropah, dan media massa. Berat sebelah media selalu didakwa oleh kedua-dua belah bahas. Sejak tahun 2003, PBB telah mengeluarkan 232 ketetapan berhubung dengan Israel, 40% daripada semua ketetapan yang dikeluarkan oleh PBB sepanjang masa dan lebih daripada enam kali dengan negara tempat kedua, Sudan.[16]

Rujukan

WikiPedia: Kritikan kerajaan Israel http://baltimorechronicle.com/2007/020207LERNER.sh... http://www.globalpolitician.com/25855-israel http://www.haaretz.com/general/the-country-that-wo... http://www.haaretz.com/jewish-world/news/want-to-d... http://www.haaretz.com/print-edition/opinion/jews-... http://www.thenation.com/article/myth-new-anti-sem... http://spme.net/cgi-bin/articles.cgi?ID=1884 http://www.counterpunch.org/2011/04/01/why-israel-... //doi.org/10.1080%2F00313220500045253 http://www.eyeontheun.org/browse-un.asp?ya=1&sa=1&...